Dah.
BATU PUTIH MILIK MEREKA, PISANG JANGAN TERLEPAS JUGA
Mei 27, 2008 · 11 komen
Banyak yang berlaku sepanjang kemalasan aku kemas kini blog. Haha.
Yang paling penting, Manchester United tumpaskan Chelsea 6-5 dalam Liga Juara-Juara Eropah. Haha. Puas hati aku tengok Terry teresak-esak. (Kepada para penyokong Manchester United, sila ketawa dalam hati jika anda membaca blog ini di tempat awam)
Tapi ada juga berita sedih.
Pulau Batu Puteh akhirnya muktamad milik Singapura. Pertelegahan hampir 30 tahun akhirnya tamat selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa undi 12-4 bagi pihak Singapura.
Sebab paling utama?
Surat tahun 1953 dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang istihar negeri Johor tidak ada tuntutan ke atas pemilikan pulau itu.
Aku malas nak hurai panjang-panjang. Kalian pun sudah baca banyak berita dalam akhbar.
Cuma secara moral politik, ini satu ketewasan. Don’t tell me this is a win-win situation.
Malah, kalau diteliti sepanjang perbicaraan, banyak juga perkara yang mungkin tak dilaporkan sangat dalam media arus perdana.
→ 11 CommentsKategori: Politik
TUN MAHATHIR KELUAR UMNO
Mei 19, 2008 · 19 komen
Benar. Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO.
Aku terus online selepas tonton Buletin 1.30 tadi.
Tun buat sidang akhbar di Alor Setar selepas jumpa lebih 1000 orang ahli UMNO dan badan bukan kerajaan di sana.
Tun kata dia tak akan masuk UMNO selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Bukan itu saja.
→ 19 CommentsKategori: Politik
FAKTA YANG KITA YAKINI BENAR, SEBENARNYA SALAH!
Mei 18, 2008 · 8 komen
Itu yang aku pelajari selepas baca buku ini - The Book Of General Ignorance. (Wikipedia) (Amazon)

Buku ini ditulis untuk mendedahkan pengetahuan am atau “orang kata” yang kita semua tahu, tapi sebenarnya salah.
Rasa lucu dan ingin tahu. Semua ada kalau kalian baca buku ini.
Kalau nak baca sendiri, boleh beli di mana-mana kedai buku. Ada edisi poket, cuma RM37.50. Jangan cakap mahal, kalian reload telefon bimbit empat kali pun dah lebih daripada nilai itu. Haha.
Kalau malas baca, boleh tengok beberapa fakta yang kita rasa betul, tapi dibongkar sebagai salah dalam buku ini. Aku petik yang aku suka sajalah.
Dan yang mudah difahami. Kalau berbelit-belit, aku pun malas taip.
Macam mana nak baca fakta-fakta di bawah? Jawab soalan yang aku bagi dalam hati (kalau kalian tahu jawapannya) dan lihat jawapan sebenar.
Ini dia:
→ 8 CommentsKategori: Sains
AKU TAK PUAS HATI, JOM LAWAN SEKALI LAGI!
Mei 14, 2008 · 8 komen
Kalau boleh diringkaskan cabaran Tajul Rosli kepada Pakatan Rakyat, itulah bunyinya.
Tajul Rosli kata dia sanggup kosongkan kerusinya di Pengkalan Hulu untuk pilihanraya kecil. Nak uji siapa lebih kuat, siapa boleh menang.
Dia yakin BN akan menang - bukti orang Perak masih sokong BN.
Juak-juak UMNO pun sokong. Kata mereka, lebih baik semua ADUN Perak letak jawatan. BN dan PR. Kemudian, kita lawan semula.
Lucu. Macam budak-budak. Nasib baik Pak Lah tak cadang idea ini selepas PRU12.
→ 8 CommentsKategori: Politik
SURUHANJAYA SIASATAN VIDEO LINGAM: SAH AHMAD FAIRUZ
Mei 10, 2008 · 8 komen
Tunggu masa saja. Tunggu yang rasmi.
Semua orang tahu cerita “Correct, correct.” ini tentang VK Lingam dan Ahmad Fairuz. Cuma mahu dengar dari mulut Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Sahihlah. Memang Ahmad Fairuz.
Ada beberapa penemuan yang digariskan dalam laporan itu. Aku tulis sikit sajalah:
→ 8 CommentsKategori: Politik · VK Lingam
MAJALAH TIME: ANWAR IBRAHIM TERSENARAI 100 INDIVIDU PALING BERPENGARUH DI DUNIA 2007
Mei 5, 2008 · 15 komen

Percaya atau tidak, suka atau benci - itulah fakta.
Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2007. (Senarai penuh)
Siapa yang pilih?
Ini Majalah TIME yang buat. Salah sebuah majalah berita mingguan berpusat di Amerika Syarikat. Sama macam Newsweek atau Asiaweek. Banyaklah.
Senarai 100 World’s Most Influential People atau lebih masyhur dengan nama pendek: The TIME 100 ini merupakan salah satu produksi tahunan TIME.
→ 15 CommentsKategori: Politik
CHE DET: MAHATHIR MASUK GELANGGANG BLOG!
Mei 3, 2008 · 11 komen

Itu header blognya. Boleh nampak semua mercu Malaysia yang dibina pada zaman beliau. Haha.
URL: www.chedet.com
Kita semua sudah selalu baca apa yang Tun M bebel dalam akhbar atau media lain. Dalam Youtube berlambak-lambak video ucapan Tun.
Kali ini Tun M bersetuju untuk masuk satu lagi gelanggang yang semakin lama semakin popular - blog.
Mungkin lebih popular selepas kerajaan BN baru sedar bahawa penulis blog mempunyai kuasa menentukan jatuh bangun politik Malaysia.
Sebelum ini asyik panggil monyet saja. Padan muka. Sekarang Mat Taib pun jadi monyet. Haha.
→ 11 CommentsKategori: Politik
SEKITAR MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN MALAYSIA (GAMBAR)
April 29, 2008 · 19 komen
Memang menarik dan panas.
Sekurang-kurangnya itulah yang kita harap dalam tahun-tahun mendatang. 222 kerusi Parlimen yang dimeriahkan dengan lebih 80 ahli Parlimen pembangkang.
Awal-awal angkat sumpah sudah banyak cerita yang kita dengar.
Karpal Singh marah Timbalan Menteri Kesihatan yang tak angkat tangan waktu bersumpah.
Ibrahim ‘Lompat’ Ali pakai seluar warna khakis. Sepatutnya warna gelap. Lucu juga dengar komen Pandikar Amin - dia kata boleh beri peluang pada Pak Lompat sebab dia ahli Bebas. Haha.
Azmin Ali pun bising-bising sebab banyak soalan pembangkang yang tak dibaca, walhal pembangkang semakin ramai.
Aku seronok tengok gambar saja. Macam-macam pose, macam-macam maksud.
Sekali lagi, aku petik kata-kata Nabil Raja Lawak: Lu fikirlah sendiri!
Ini gambar-gambarnya (ihsan Reuters):
→ 19 CommentsKategori: Politik
BALKIS: ISTERI KHIR TOYO CUBA SONGLAP RM9.9 JUTA?
April 25, 2008 · 12 komen
Biasalah, nak tulis blog. Tajuk mesti pancing dan panas. Haha.
Aku terbaca pembongkaran dalam dua artikel dalam The Sun hari ini. Tulisan R. Nadeswaran.
Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, Nadeswaran merupakan antara orang lama dalam dunia kewartawanan Malaysia.
Pernah memenangi anugerah Journalist of The Year oleh Institut Kewartawanan Malaysia tiga tahun berturut-turut.
Terbaru, beliau bersama Terrence Fernandez memenangi Excellence in Public Service Journalism Award yang dikelolakan oleh Persatuan Penerbit-Penerbit Asia.
Ceritanya tentang isteri bekas Menteri Besar Selangor yang mengepalai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) - persatuan untuk para isteri wakil-wakil rakyat Selangor.
Tiga hari selepas kalah pilihan raya, Datin Zaharah buat mesyuarat tergempar.
Tujuannya untuk bubarkan Balkis dan tutup akaun. Esoknya, akaun Balkis ditutup dan wang dipindahkan ke sebuah akaun.
→ 12 CommentsKategori: Politik
